Sejarah Ayam Brand

Alfred Clouet, seorang warganegara Perancis telah mengasaskan Ayam Brand pada tahun 1892 di Singapura, yang mana pada waktu itu merupakan sebahagian daripada British Malaya. Perniagaan memfokuskan pada membekalkan makanan kepada kakitangan penjajah selain bahan binaan. Jenama makanan ini dicipta bagi menandakan mohor kualiti kerana makanan bertin dianggap sebagai barangan mewah, dan sukar diperolehi oleh rakyat biasa di tepi jalan. Clouet mengambil ayam jantan sebagai logo jenama. Nama jenama ini diberi oleh peniaga dan pengguna tempatan, apabila mereka mula merujuk sardin atau salmon bertin sebagai « Ayam Brand ».[2][3]

Pada tahun 1954, syarikat ini dibeli oleh Kumpulan Syarikat Denis Frères.[4][5] Nama pengasas masih boleh didapati pada beberapa nama syarikat pengedaran seperti : A.Clouet & Co. (KL) Sdn. Bhd. untuk Malaysia, Clouet Trading Pte. Ltd. untuk Singapore or A. Clouet (Australia) Pty. Ltd. untuk Australia – New Zealand. Pemilik tunggal Ayam Brand adalah sebuah syarikat yang dikenali sebagai Ayam S.A.R.L.

Ayam Brand merupakan sebuah syarikat yang aktif di Semenanjung Tanah Melayu pada kurun ke-19 dan separuh pertama kurun ke-20. Produk jenama ini mula diedarkan keluar bermula pada tahun 1950-an. Ayam Brand merupakan peneraju jenama di pasaran Asia seperti Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Hong Kong untuk produk pasaran massa seperti sardin, tuna, kelapa atau kacang panggang, sementara Ayam adalah jenama untuk bahan-bahan masakan di pasaran masakan Asia seperti Australia, New Zealand, Perancis dan United Kingdom.[6]